PORTAL RASMI JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Portal Rasmi
Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Data Peribadi

Kongsi Halaman

MAKSUD DATA PERIBADI

Data peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang digunakan di dalam transaksi komersial yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang subjek data yang dikenalpasti daripada maklumat tersebut. Data tersebut boleh direkodkan sama ada secara manual atau elektronik meliputi perkara-perkara objektif dan juga subjektif tanpa mengira sumber maklumat itu diperolehi meliputi maklumat asas (contohnya nama, alamat dan nombor kad pengenalan) sehinggalah ke maklumat sensitif (contohnya rekod perubatan dan tahap kesihatan) atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan Menteri di bawah APDP dari semasa ke semasa.

Antara contoh “data peribadi” adalah seperti:-

  • Nama dan alamat
  • nombor kad pengenalan
  • nombor pasport
  • maklumat kesihatan
  • e-mel
  • gambar
  • imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
  • maklumat dalam fail peribadi
  • Butiran akaun bank
  • Butiran kad kredit
  •  Maklumat kesihatan (sensitif) contohnya, penjenisan darah, rekod atau huraian kesihatan sehinggalah ke maklumat-maklumat sensitif seperti kepercayaan politik, kepercayaan agama, keadaaan fizikal atau mental atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan oleh Menteri di bawah APDP dari semasa ke semasa.

DATA PERIBADI SENSITIF

Data peribadi sensitif bermaksud apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat mengenai kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya perlakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Scroll to Top