Memberi peluang kepada anak angkat yang dipelihara oleh keluarga bukan Islam diiktiraf di mahkamah melalui Akta Pengangkatan 1952. Ini bermakna anak angkat bukan Islam menjadi lebih teguh. Taraf anak angkat menjadi SEIMBANG dengan taraf anak kandung di mana:


  • Hak jagaan dan tanggungjawab ibu bapa kandung diputus dan dipindahkan kepada ibu bapa angkat. Sek. 9(1)
  • Pertalian dengan keluarga angkat menjadi teguh seperti sedarah sedaging.
  • Anak angkat berhak mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya. Sek. 9(3)
  • Anak angkat dibolehkan mendapat nama gelaran dan nama keluarga yang baru mengikut keinginan dan pilihan ibu bapa angkat.