PENGENALAN

Forum Pengguna Data berfungsi untuk menyediakan Kod Tata Amalan atas inisiatif sendiri atau atas arahan Pesuruhjaya.


KOD AMALAN

  1. Kod Amalan yang berbeza-beza bagi kelas data peribadi dan pengguna-pengguna data yang berbeza-beza.
  2. Kod Amalan akan didaftarkan jika konsisten dengan peruntukan-peruntukan releven Akta 709. Boleh dibatal, dipinda atau disemak semula sama ada pada keseluruhannya atau sebahagiannya.


KEAHLIAN FORUM PENGGUNA DATA

  1. Forum Pengguna Data terdiri daripada ahli - ahli daripada Penyedia Perkhidmatan, Persatuan - Persatuan Pengguna, Kumpulan Berkepentingan Khas, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Ahli - Ahli Akademik. Ia mempunyai struktur organisasi yang terpilih dan terdiri daripada 13 anggota dalam bidang yang berkaitan.

  2. Bagi memastikan kecekapan operasi Forum Pengguna Data, jawatan kuasa kerja akan ditubuhkan dan dilantik untuk mengkaji pelbagai aspek operandi dan fungsi - fungsinya seperti Pengendalian Aduan, Penggubalan Kod dan Pematuhan, Kesedaran Pengguna, pendidikan dan sebagainya.

  3. Tujuan utama penubuhan Forum Pengguna Data adalah untuk melindungi hak - hak pengguna. Ini adalah selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) untuk memudahkan proses pengawal seliaan. Forum Pengguna Data akan melaksanakan penyediaan Kod Pengguna yang akan digunakan sebagai garis panduan asas bagi memenuhi keperluan Akta.