KETIDAKPAKAIAN AKTA

(1) Akta ini tidak terpakai bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

(2) Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa data peribadi yang diproses di luar MalaysIa melainkan jika data peribadi itu diniatkan untuk diproses selanjutnya di Malaysia.

(3) Akta ini tidak terpakai bagi sesuatu perniagaan pelaporan kredit yang dijalanklan oleh sesuatu Agensi Pelaporan Kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

(4) Akta ini memberika pengecualian yang menyeluruh terhadap data peribadi yang diproses oleh individu bagi maksud hal ehwal peribadi, keluarga atau rumah tangga termasuk rekreasi.