Dasar Keselamatan ICT

( Dasar Keselamatan ICT versi penuh, sila muat turun di sini pdfIcon )

 


 PENGENALAN 


 Dasar Keselamatan ICT KKMM (DKICT KKMM) merangkumi Dasar Keselamatan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta semua Jabatan/Agensi di bawahnya. Dasar ini mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi sebelum, semasa dan selepas menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di KKMM mengenai tanggungjawab dan peranan dalam melindungi aset ICT KKMM.

 


OBJEKTIF 


DKICT KKMM diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan pengoperasian dan pengurusan ICT KKMM dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT KKMM.

Dasar ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat yang bersesuaian dengan keperluan operasi KKMM dengan memastikan semua aset ICT yang terlibat diberikan perlindungan yang sewajarnya.

Objektif utama DKICT ialah seperti berikut :

a. Memastikan kelancaran pengoperasi dan pengurusan ICT KKMM dengan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan;

b. Melindungi kepentingan pihak - pihak yang bergantung kepada operasi ICT KKMM dari kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi; dan

c. Mencegah salah guna atau kecurian aset ICT Kerajaan.