PORTAL RASMI JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Portal Rasmi
Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Fi Pendaftaran

Kongsi Halaman

1. Pembayaran fi pendaftaran hendaklah dibuat dalam masa 21 hari di kaunter pendaftaran setelah pemohon menerima e-mel pemberitahuan kelulusan pendaftaran dan bawa bersama slip akuan terima.

2. Perakuan Pendaftaran akan disediakan selepas bayaran fi pendaftaran dijelaskan.

3. Pengguna Data tergolong dari dua atau lebih golongan pengguna data hendaklah membuat pendaftaran yang berasingan.

4. Tempoh sah laku pendaftaran adalah 24 bulan dari tarikh permohonan diluluskan. Peringatan pembaharuan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel kepada Pengguna Data berkenaan, 3 bulan sebelum tarikh tamat perakuan pendaftaran.

5. Kadar fi pendaftaran tahunan yang dikenakan adalah berdasarkan jenis perniagaan seperti di bawah

 Jenis Perniagaan  Jumlah Fi
 Pemilikan tunggal  100
 Perkongsian  200
 Sendirian Berhad  300
 Awam Berhad  400

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Scroll to Top