Apakah Faedah Akta 709 kepada Anda?

Mengawalselia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh mana-mana orang (Pengguna Data) supaya memberi perlindungan kepada individu itu (Subjek data)
Menjaga dengan selamat kepentingan data peribadi demi mencegah (menghalang) sebarang penyalahgunaan data peribadi yang berada dalam milikan pengguna data.

Hak-hak Subjek Data

  • Dimaklumkan oleh pengguna data sama ada data peribadinya diproses oleh pengguna data atau bagi pihak pengguna data; Sek.30(1);
  • Membuat permintaan capaian kepada pengguna data bagi maklumat mengenai data peribadinya; Sek.30(2a)
  • Disampaikan kepada beliau maklumat data peribadinya yang dimintanya dalam bentuk yang difahami dan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pengguna data; Sek.30(2b)
  • Membetulkan data peribadinya yang tidak tepat yang disimpan oleh pengguna data Sek.34
  • Menarik balik persetujuan untuk memproses data peribadinya dan pemberhentian pemprosesan itu dalam keadaan-keadaan tertentu;
  • Mengkehendaki pengguna data mendapatkan kebenaran semula penzahiran data peribadi beliau bagi tujuan selain dari tujuan asal semasa data itu dikutip pada mula-mulanya;
  • Melarang pemprosesan data peribadi sensitif subjek data, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu; Sek.40(2a);
  • Menghalang pemprosesan data yang mengakibatkan kerugian dan kesengsaraan;
  • Menghalang pemprosesan data untuk tujuan jualan langsung; Sek.43(1)


Bolehkah saya menuntut pampasan?

Organisasi atau orang yang memegang butir-butir peribadi anda mempunyai kewajipan di sisi undang-undang untuk mengendalikan data ini dengan berhati-hati. Jika anda mengalami kesusahan akibat butir-butir peribadi andatidak diuruskan dengan baik, anda mungkin boleh menuntut pampasan melalui mahkamah. Anda sepatutnya membincangkan perkara ini dengan peguam cara anda. Jabatan tidak mempunyai fungsi dalam tindakan ini dan tidak boleh memberi nasihat undang-undang.