Bahagian Pemantauan terdiri daripada :

            a)  Unit Penilaian Risiko

            b)  Unit Siasatan

            c)  Unit Pemantauan

Bahagian Pemantauan bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan Pematuhan Akta 709 melalui penilaian, penyiasatan dan pemantauan.

FUNGSI DAN PERANAN:-

  1. Memastikan akauntabiliti dan integriti pengguna data untuk sentiasa melindungi data peribadi yang merupakan aset syarikat terpenting dalam sesebuah organisasi.
  2. Memastikan pelaksanaan program, aktiviti dan perlindungan data peribadi sentiasa mencapai piawaian yang ditetapkan melalui pengauditan yang bebas, analisis yang objektif serta   penilaian yang komprehensif.
  3. Membantu organisasi pengguna data menambah baik operasi serta memberi keyakinan kepada rakyat dan stakeholder mengenai penggunaan dan pengurusan perlindungan data   peribadi.
  4. Menilai semula sistem dan proses pengurusan risiko perlindungan data peribadi yang sedia ada, agar apa jua kelemahan yang timbul dapat diperbaiki dan diatasi.
  5. Memastikan proses check and balance yang amat penting dalam menentukan urusan perlindungan data peribadi yang dilaksankan oleh sesebuah organisasi telah dilaksankan secara efektif dan efisien.
  6. Memproses dan menguruskan aduan awam terhadap ketidakpatuhan pengguna data peribadi.
  7. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti pemeriksaan, siasatan dan penguatkuasaan terhadap pengguna data sama ada berdasarkan aduan atau inisiatif Pesuruhjaya.