Bahagian Pendaftaran Dan Operasi (BPO) terdiri daripada : 

           a)  Unit Pendaftaran

           b)  Unit Hal Ehwal Pengguna Data

Bahagian Pendaftaran dan Operasi (BPO) berperanan untuk  menyelaras dan memantau  hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran pengguna data dan Forum Pengguna Data seperti mana yang diperuntukan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Dua unit baru telah diwujudkan iaitu Unit Pendaftaran dan Unit Hal Ehwal Pengguna Data.

Bahagian ini bertanggungjawab dalam menguruskan permohonan pendaftaran pengguna data, pembaharuan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran pengguna data serta mengeluarkan perakuan pendaftaran bagi setiap pengguna data yang layak berdaftar di bawah Akta 709. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan penubuhan Foru Pengguna Data seperti yang diperuntukkan di dalam Perintah Golongan Pengguna Data serta menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Forum tersebut.

Peranan dan Fungsi:-

  1.   Menguruskan permohonan pendaftaran, pembaharuan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran pengguna data;
  2.  Membangunkan Sistem Pendaftaran Pengguna Data;
  3. Mengeluarkan Perakuan Pendaftaran;
  4. Menyelenggara Daftar Pengguna Data;
  5.  Menguruskan hal ehwal berkaitan Forum Pengguna Data;
  6. Menyelenggara Daftar Forum Pengguna Data;
  7. Menetapkan piawaian/kriteria berhubung permohonan pendaftaran pengguna data;
  8. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti pendaftaran, pembaharuan pendaftaran dan pembatalan bagi pengguna data mengikut prosedur;
  9. Menyelaras dan memantau aktiviti mengenai Forum Pengguna Data mengikut prosedur;
  10.  Merancang, menyelaras dan menganjurkan program/forum/seminar berkaitan hal-hal pendaftaran dan Forum Pengguna Data. 
  11. Menguruskan pertanyaan orang awam dan organisasi mengenai hal-hal pendaftaran dan Forum Pengguna Data seperti yang diperuntukan Akta 709.
  12. Merangka dan menyelaras penyelidikan berkaitan hal-hal pendaftaran dan Forum Pengguna Data bagi memantapkan dasar sedia ada dari semasa ke     semasa.