UNIT HAL EHWAL PENGGUNA DATA

Merancang dan menyelaras semua urusan hal ehwal pengguna data yang berdaftar di bawah peruntukkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Fungsi dan Peranan :-

  • Merancang, penambahbaikan sistem penyampaian, khidmat nasihat serta bertanggungjawab menyalurkan maklumat berkenaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kepada pengguna data;
  • Menyediakan dan memantau program/latihan/bengkel/roadshow/forum dan sesi perkongsian ilmu berkenaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bersama pengguna data;
  • Mengadakan program kesedaran dan pendidikan mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kepada semua pengguna data yang berdaftar;
  • Menggubal peraturan mengenai forum pengguna data dan tataamalan;
  • Memberikan perhatian dan tindakan sewajarnya terhadap pertanyaan dan aduan mengenai pengguna data.