BAHAGIAN PERUNDANGAN

Bahagian Perundangan bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan perundangan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi. Perkhidmatan perundangan yang diberikan meliputi nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, semakan dokumen perundangan, mengendalikan kes-kes pendakwaan serta mewakili Jabatan dalam apa-apa tindakan guaman sivil di mahkamah.

 

FUNGSI DAN PERANAN:

  1. Memberi pandangan/nasihat perundangan secara bertulis atau lisan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain ke atas isu undang-undang yang berbangkit di Jabatan Perlindungan Data Peribadi.
  2. Menyedia dan menyemak apa-apa dokumen perundangan seperti perjanjian, kontrak, memorandum persefahaman dan lain-lain.
  3. Bertanggungjawab kepada Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara bagi perkara dan isu domestik.
  4. Bertanggungjawab kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara bagi perkara-perkara yang melibatkan hal dan perkara antarabangsa.
  5. Bertanggungjawab kepada Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara bagi perkara yang melibatkan penggubalan undang-undang.
  6. Bertanggungjawab kepada Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara dalam perkara yang melibatkan kes pendakwaan.
  7. Bertanggungjawab kepada Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara dalam perkara yang melibatkan kes guaman/sivil.
  8. Menggubal apa-apa perundangan utama atau perundangan subsidiari (sama ada baru atau pindaan).
  9. Menggubal apa-apa instrumen perundangan yang lain seperti pemberitahuan, pemberian kuasa oleh YB Menteri dan sebagainya.
  10. Mewakili Kerajaan Malaysia dalam kes guaman sivil yang melibatkan Jabatan.
  11. Memaklumkan, menyediakan dokumen dan mengumpul maklumat kajian kes jenayah dan sivil untuk dihantar ke Bahagian Pendakwaan dan ke Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara.