UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK)

Unit Komunikasi Korporat (UKK) berperanan untuk mempromosikan dasar, program dan aktiviti Jabatan/ Kementerian ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan. Di samping menggalakkan penyertaan, peningkatan penghayatan dan kefahaman awam, mengenai dasar, program serta aktiviti Jabatan/Kementerian. Unit ini turut menguruskan Perhubungan Awam dengan media secara berkesan secara keseluruhannya.

FUNGSI DAN PERANAN : -

  1. Mempromosikan dasar, program dan aktivivti Jabatan/Kementerian ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan;
  2. Menggalakkan penyertaan dan peningkatan penghayatan dan kefahaman publik mengenai dasar program dan aktiviti Jabatan/Kementerian;
  3. Menguruskan Perhubungan Awam dengan Media dan merancang Strategi Media dalam penyebaran maklumat secara berkesan dan bagi memenuhi ketetapan masa dan objektif Jabatan/Kementerian secara keseluruhan;
  4. Bertindak sebagai jurucakap Jabatan/Kementerian dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan Jabatan/Kementerian;
  5. Memantau dan menilai liputan media dan kesannya mengenai perkembangan semasa Jabatan/Kementerian serta memberi respon kepada isu-isu yang dibangkitkan;
  6. Mengurus maklumbalas berhubung isu-isu yang melibatkan imej Jabatan/Kementerian dan perhubungan dengan media dalam membetulkan salah liputan dan tanggapan;
  7. Berperanan sebagai penasihat dalam bidang Perhubungan Awam dan Perhubungan Media bagi merancang dan menasihati Pihak Pengurusan Tertinggi tentang strategi Perhubungan Awam di Jabatan/Kementerian;
  8. Bertindak sebagai pegawai Penyelaras Media dan menjadi sebahagian daripada pihak pengurusan di Jabatan/Kementerian;
  9. Bertanggungjawab menyelaras pengeluaran dan penghasilan bahan penerbitan Jabatan/Kementerian sebagai sumber maklumat informatif;
  10. Merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan Pengurusan Acara bagi aktiviti-aktiviti rasmi Jabatan/Kementerian berhubung publisiti, promosi dan kempen;
  11. Menjalin dan memupuk hubungan baik dengan media tempatan dan antarabangsa secara berterusan bagi menentukan sasaran mendapat gambaran sebenar tentang organisasi yang melibatkan dasar dan perkembangan semasa;
  12. Bertindak sebagai Penyelaras Aduan Awam/Pelanggan;
  13. Bertanggungjawab dalam Pengurusan Acara dan Pengurusan Lawatan bagi Kementerian/Jabatan yang diwakili dalam dan luar Negara;
  14. Menjalankan tugas-tugas lain dalam bidang perhubungan awam dan perhubungan media yang diarahkan dari semasa ke semasa.