KETUA PENGARAH

Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab bagi mempromosi, memantau dan menyelia pematuhan berkaitan pentadbiran Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Peranan dan Fungsi:-

  1. Bertanggungjawab sebagai pengurus dan pentadbir Jabatan Perlindungan Data Peribadi - pentadbiran, sumber manusia, kewangan, teknologi maklumat, perhubungan awam, yang mana mempunyai bebanan kerja yang berat;

  2. Mewakili jabatan dalam apa-apa mesyuarat peringkat antarabangsa dan kementerian;

  3. Melaksanakan dan menguatkuasakan Undang-undang Perlindungan Data Peribadi termasuk perumusan dasar dan tata cara operasi;

  4. Memantau dan menyelia pematuhan peruntukan Akta, termasuk pengeluaran pekeliling, notis penguatkuasaan atau apa-apa surat cara lain kepada mana-mana orang;

  5. Menjalinkan hubungan kerjasama dengan rakan sejawatnya di mana-mana tempat di dalam dan diluar Malaysia berkenaan dengan perkara yang berkepentingan bersama;

  6. Mewakili Malaysia dalam perkara yang berhubung dengan perlindungan data peribadi sama ada dalam atau luar Malaysia;

  7. Oleh kerana jabatan ini merupakan satu-satunya jabatan perlindungan data peribadi di Asia Tenggara, Ketua Pengarah memainkan peranan dalam pembentangan kertas di peringkat Negara dan antarabangsa;

  8. Menjadi penasihat kepada Menteri berhubung Dasar Kebangsaan berkaitan dengan perlindungan data peribadi dan segala hal-hal berkaitan;

  9. Merancang pelaksanaan aktiviti siasatan dan operasi seiring dengan pematuhan Akta 709;

  10. Mempromosi, memantau dan menyelia pematuhan dan pentadbiran Akta 709;

  11. Merancang penerbitan laporan perakuan pemeriksaan bagi pematuhan Akta oleh pengguna data;

  12. Mewujud dan menyelaras jalinan kerjasama bagi tujuan penyebaran, pelaksanaan serta penguatkuasaan Akta 709 termasuk perumusan dasar dan tatacara operasi; dan

  13. Mewujud dan memastikan kesedaran umum berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta 709.