OBJEKTIF DAN FUNGSI PENUBUHAN FORUM PENGGUNA DATA

• Objektif dan fungsi penubuhan Forum Pengguna Data adalah untuk merangka, membangun dan menyediakan Kod yang akan melindungi Hak-hak Pengguna menurut peruntukan-peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dari semasa ke semasa akan meminda, membangun,mengubahsuai, mengkaji semula dan mengemas kini Kod;

• Di samping menjalankan penyelidikan mengenai perkara-perkara dalam bidang kuasa forum, ia turut akan mengumpul, menyedia dan mengedarkan statistik sebagaimana yang dianggap wajar atau memberi manfaat kepada semua atau mana-mana objektif dan tujuan forum.

• Forum Pengguna Data ini akan turut menyediakan saluran membuat aduan, pertikaian dan rasa tidak puas hati.

• Bagi tujuan penyelesaian, forum, ini akan turut mencadangkan prosedur alternatif yang murah dan praktikal bagi sebarang penyelesaian pertikaian.

• Di samping itu, prosedur untuk pampasan atau mana-mana cara dan tindakan kepada Pelanggan dalam Kes Pelanggaran Kod akan turut dicadangkan.

• Forum Pengguna Data juga akan mempunyai sekretariat yang diwujudkan bagi menyokong aspek operasi dan pengendalian sejajar dengan fungsi penubuhannya.

PESURUHJAYA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI MALAYSIA

JAWATANKUASA PENASIHAT

Jawatankuasa Penasihat (JP) ini berfungsi menasihati Pesuruhjaya mengenai semua perkara berhubung kait dengan Perlindungan Data Peribadi, Pentadbiran dan Penguatkusaan Akta serta menasihati mengenai apaapa perkara yang dirujuk oleh Pesuruhjaya. Namun, Pesuruhjaya tidak terikat kepada nasihat Jawatankuasa Penasihat.

KEAHLIAN JAWATANKUASA PENASIHAT

Keahlian Jawatankuasa Penasihat hendaklah terdiri daripada anggota yang dilantik oleh YB Menteri dan

terdiri daripada:-

a) Seorang Pengerusi;

b) Tiga anggota daripada sektor Awam; dan

c) Sekurang-kurangnya tujuh (7) orang anggota tetapi, tidak lebih dari sebelas (11) Ahli lain.

TEMPOH JAWATAN JAWATANKUASA PENASIHAT

Pelantikan Jawatankuasa Penasihat adalah oleh YB Menteri tidak melebihi tiga (3) tahun tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan bagi tempoh dua penggal berturut-turut.