FUNGSI JAWATANKUASA PENASIHAT

Jawatankuasa Penasihat (JP) ini berfungsi menasihati Pesuruhjaya mengenai semua perkara berhubungkait dengan Perlindungan Data Peribadi, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Akta serta menasihati mengenai apa-apa perkara yang dirujuk oleh Pesuruhjaya. Namun, Pesuruhjaya tidak terikat kepada nasihat Jawatankuasa Penasihat.

KEAHLIAN JAWATANKUASA PENASIHAT

Keahlian JP hendaklah terdiri daripada anggota yang dilantik oleh YB Menteri dan terdiri daripada:-

  • Seorang Pengerusi;
  • Tiga anggota daripada sektor Awam; dan
  • Sekurang-kurangnya tujuh (7) orang anggota tetapi, tidak lebih dari sebelas (11) Ahli lain.

TEMPOH JAWATAN

Pelantikan JP adalah oleh YB Menteri tidak melebihi tiga (3) tahun tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan bagi tempoh dua penggal berturut-turut.