PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH

Timbalan Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab membantu Ketua Pengarah bagi mempromosi, memantau dan menyelia pematuhan berkaitan pentadbiran Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Peranan dan Fungsi:-

  1. Bertanggungjawab dalam isu dasar berkaitan perlindungan data peribadi;

  2. Membantu Pesuruhjaya dalam pentadbiran keseluruhan Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi;

  3. Menggalakkan kesedaran dan penyebaran maklumat kepada orang awam mengenai kuat kuasa Akta 709;

  4. Menjalankan penyelidikan dan menyedia kertas dasar/polisi mengenai perlindungan data peribadi;

  5. Merumuskan pembangunan sumber manusia dan program kerjasama bagi perlaksanaan fungsi;

  6. Merancang, menyelia dan menyelaras pelan strategi serta hala tuju organisasi seiring dengan penguatkuasaan Akta 709;

  7. Merancang dasar Bahagian Korporat;

  8. Merangka sistem ict dan teknologi yang diperlukan;

  9. Melaksanakan dan menguatkuasakan Akta, termasuk perumusan dasar dan tatacara operasi;

  10. Menggalakkan persatuan atau badan yang mewakili pengguna data untuk menyediakan tata amalan;

  11. Memantau dan menyelia pematuhan Akta;

  12. Berhubung dan bekerjasama dengan orang yang melaksanakan fungsi perlindungan data peribadi dimana-mana tempat di luar Malaysia;

  13. Merancang dasar pengurusan persijilan;

  14. Menentukan dasar dan prosedur Kajian risiko;

  15. Menentukan dasar dan Prosedur Siasatan;

  16. Menentukan dasar dan Prosedur Pemantauan;

  17. Merangka aktiviti penyediaan kertas pelaporan berhubung siasatan dan penguatkuasaan.