PEJABAT TIMBALAN PESURUHJAYA

Timbalan Pesuruhjaya yang dilantik di bawah subseksyen (1) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa saraan, elaun atau faedah dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditentukanoleh Pesuruhjaya, dengan kelulusan Menteri. Timbalan Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya yang dilantik dibawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada penyeliaan, arahan dan kawalan Pesuruhjaya.