APAKAH FUNGSI TRIBUNAL RAYUAN?

Mendengar rayuan-rayuan yang dikemukakan oleh seseorang yang tidak berpuashati dengan keputusan Pesuruhjaya di bawah Akta PDP seperti berikut:-

  1. Pendaftaran pengguna data di bawah penggal 2 bahagian ii;

  2. Keengganan Pesuruhjaya untuk mendaftar sesuatu tataamalan di bawah subseksyen 23(5);

  3. Kegagalan pengguna data mematuhi dengan permintaan untuk mengakses data atau permintaan pembetulan data di bawah penggal 4 bahagian ii;

  4. Pengeluaran notis penguatkuasaan di bawah seksyen 108;

  5. Keengganan Pesuruhjaya untuk mengubah atau menbatalkan suatu notis penguatkuasaan di bawah seksyen 109; dan

  6. Keengganan Pesuruhjaya untuk menjalankan atau meneruskan siasatan yang berdasarkan satu pengaduan di bawah bahagian VIII


Sekiranya pengguna data tidak berpuashati dengan keputusan Tribunal Rayuan, apakah tindakan yang boleh dilakukan seterusnya?

Pengguna data boleh meminta mengadakan semakan semula kehakiman (Juician review) oleh mahkamah.

APAKAH KUASA-KUASA TRIBUNAL RAYUAN?

Kuasa-kuasa Tribunal Rayuan adalah:-

  1. Memanggil pihak-pihak kepada prosiding atau ,mana-mana orang lain untuk hadir di hadapannya untuk memneri keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;

  2. Mendapatkan dan menerima keterangan secara bersumpah atau berikrar, sama ada secara tulisan atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sedemikian sebagaimana yang difikir perlu oleh Tribunal Rayuan.

  3. Jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk mengkehendaki pengemukaan apa-apa malumat, dokumen atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalanya yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan bagi maksud rayuan itu;

  4. Untuk mengendali apa-apa sumpah, ikrar atau akaun berkanun, mengikut kehendak keadaan;

  5. Jika seseorang dipanggil sedemikian untuk membenarkan bayaran bagi apa-apa belanja yang munasabah yang dilakukan berkaitam dengan kehadirannya;

  6. Untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan atau dokumen, dan samada boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang bertulis yang berhubung dengan kebolehterimaan keterangan;

  7. Menangguhkan pendengaran sesuatu rayuan dari semasa ke semasa, termasuklah kuasa untuk menangguhkan bagi mengimbangkan keputusannya; dan

  8. Secara amnya untuk mengarahkan dan melakukan semua perkara atau suai manfaat bagi mempercepatkan keputusan rayuan.