FUNGSI DAN PERANAN

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) komited untuk mengawal selia dan menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi dalam transaksi komersial berdasarkan Tujuh Prinsip Utama Perlindungan Data Peribadi demi mencapai kesejahteraan hidup rakyat Malaysia;

  1. Melindungi data peribadi individu supaya tidak disalahgunakan melalui Tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi;
  2. Memastikan Pengguna Data mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi supaya hak rakyat Malaysia sentiasa terpelihara;
  3. Menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (Akta 709) bagi membanteras penyalahgunaan data peribadi;
  4. Menjadikan Malaysia sebagai sebagai pusat komunikasi dan multimedia serta perdagangan elektronik yang mampu memberi jaminan perlindungan data peribadi mengikut piawaian antarabangsa;
  5. Menyelenggarakan proses fizikal dan elektronik bagi Daftar Pengguna Data, Forum Pengguna Data dan Tata Amalan yang teratur dan berkesan selaras dengan Bahagian X Akta 709 (Fasal 128 – 144);
  6. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan perlindungan data peribadi; 
  7. Mendokumentasikan dan menerbitkan hasil kajian serta bahan-bahan rujukan berkaitan perlindungan data peribadi;
  8. Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan perlindungan data peribadi di Malaysia; dan
  9. Mengadakan jaringan kerjasama dengan agensi-agensi dari dalam dan luar negara berkaitan perlindungan data peribadi.