OBJEKTIF

UMUM

Mengawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh pengguna data agar ia digunakan dengan cara yang penuh berintegriti, selamat dan tidak disalahgunakan seterusnya secara tidak langsung memberi perlindungan kepada individu tersebut.


OPERASI

Memastikan semua pengguna data peribadi dalam transaksi komersial mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi serta tindakan penguatkuasaan untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi agar hak peribadi rakyat Malaysia sentiasa terpelihara.