PEMBAHARUAN PENDAFTARAN

 

Seksyen 17. Pembaharuan perakuan pendaftaran

(1) Seseorang pengguna data boleh membuat suatu permohonan bagi pembaharuan perakuan pendaftaran

     tidak lewat daripada sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu mengikut

     cara dan dalam bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya dan permohonan itu hendaklah disertai dengan

     fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya, tetapi tiada

     permohonan bagi pembaharuan boleh dibenarkan jika permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh

     perakuan pendaftaran itu.

(2) Apabila membaharui suatu perakuan pendaftaran, Pesuruhjaya boleh mengubah syarat atau sekatan yang

     dikenakan semasa perakuan pendaftaran itu dikeluarkan atau mengenakan syarat atau sekatan tambahan.

(3) Pesuruhjaya boleh enggan untuk membaharui suatu perakuan pendaftaran—

     (a) jika pengguna data itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;

     (b) jika pengguna data itu tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan semasa perakuan

     pendaftaran itu dikeluarkan; atau

(c) jika dia berpuas hati bahawa pengguna data itu tidak boleh meneruskan pemprosesan data peribadi

     mengikut Akta ini.