PENDAFTARAN PENGGUNA DATA

 

Seksyen 13. Pemakaian Penggal ini

(1) Penggal ini hendaklah terpakai bagi seorang pengguna data yang berada dalam golongan pengguna  

    data yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 14(1).

(2) Seorang pengguna data yang berada dalam golongan pengguna data yang tidak dinyatakan dalam  

    perintah yang dibuat di bawah subseksyen 14(1) hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta ini selain

   peruntukan Penggal ini yang berhubungan dengan pendaftaran pengguna data dan perkara yang

   berkaitan dengannya.

 

Seksyen 14. Pendaftaran pengguna data

(1) Menteri  boleh, atas syor Pesuruhjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menyatakan

     golongan pengguna data yang dikehendaki untuk didaftarkan sebagai pengguna data di bawah Akta ini.

(2) Pesuruhjaya hendaklah, sebelum membuat syornya di bawah subseksyen (1), berunding dengan—

     (a) mana-mana badan yang mewakili pengguna data yang berada dalam golongan itu; atau

     (b) mana-mana orang berkepentingan yang lain.