PENYERAHAN PERAKUAN PENDAFTARAN

 

Seksyen 19. Penyerahan perakuan pendaftaran

(1) Jika perakuan pendaftaran dibatalkan menurut seksyen 18, pemegang perakuan itu hendaklah, dalam

     masa tujuh hari dari tarikh penyampaian notis pembatalan pendaftaran itu, menyerahkan perakuan itu

     kepada Pesuruhjaya.

(2) Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,

     didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun

     atau kedua-duanya. 

 

Seksyen 20. Daftar Pengguna Data

(1) Pesuruhjaya hendaklah menyenggarakan suatu Daftar Pengguna Data mengikut seksyen 128.

(2) Daftar Pengguna Data itu hendaklah mengandungi nama pengguna data yang telah didaftarkan

     menurut Penggal ini dan apa-apa butir lain berkenaan dengan pengguna data itu sebagaimana yang

     ditentukan oleh Pesuruhjaya.