PERAKUAN PENDAFTARAN

 

Seksyen 16. Perakuan pendaftaran

(1) Selepas pertimbangan yang sewajarnya diberikan kepada suatu permohonan di bawah subseksyen 15(1),

     Pesuruhjaya boleh—

     (a) mendaftarkan pemohon dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon itu dalam

     apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya; atau

     (b) menolak permohonan itu.

(2) Perakuan pendaftaran boleh dikeluarkan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan

     wajar untuk dikenakan oleh Pesuruhjaya.

(3) Jika Pendaftar menolak permohonan untuk pendaftaran menurut subseksyen (1), dia hendaklah

     memaklumkan pemohon melalui suatu notis bertulis bahawa permohonan itu ditolak dan sebab-sebab

     baginya.

(4) Seseorang yang berada dalam golongan pengguna data yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat

     di bawah subseksyen 14(1) dan yang memproses data peribadi tanpa suatu perakuan pendaftaran yang

     dikeluarkan menurut perenggan 16(1)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda

     tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya.