PERMOHONAN UNTUK PENDAFTARAN
Seksyen 15. Permohonan untuk pendaftaran
(1) Seseorang yang berada dalam golongan pengguna data yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat
di bawah subseksyen 14(1) hendaklah mengemukakan suatu permohonan untuk pendaftaran kepada
Pesuruhjaya mengikut cara dan dalam bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.
(2) Tiap-tiap permohonan untuk pendaftaran hendaklah disertai dengan fi pendaftaran yang ditetapkan dan
apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.
(3) Pesuruhjaya boleh secara bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dan sebelum
permohonan itu diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat
tambahan dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.
(4) Jika kehendak di bawah subseksyen (3) tidak dipatuhi, permohonan untuk pendaftaran hendaklah
disifatkan telah ditarik balik oleh pemohon dan tidak boleh diteruskan oleh Pesuruhjaya, tetapi tanpa
menjejaskan suatu permohonan baru dibuat oleh pemohon.