PORTAL RASMI JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Portal Rasmi
Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Pendaftaran Pengguna Data

Kongsi Halaman

PENDAFTARAN PENGGUNA DATA

Seksyen 13. Pemakaian Penggal ini

  1. Penggal ini hendaklah terpakai bagi seorang pengguna data yang berada dalam golongan pengguna data yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 14(1).
  2. Seorang pengguna data yang berada dalam golongan pengguna data yang tidak dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 14(1) hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta ini selain peruntukan Penggal ini yang berhubungan dengan pendaftaran pengguna data dan perkara yang berkaitan dengannya.

Seksyen 14. Pendaftaran pengguna data

  1. Menteri  boleh, atas syor Pesuruhjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menyatakan golongan pengguna data yang dikehendaki untuk didaftarkan sebagai pengguna data di bawah Akta ini.
  2. Pesuruhjaya hendaklah, sebelum membuat syornya di bawah subseksyen (1), berunding dengan—
    (a) mana-mana badan yang mewakili pengguna data yang berada dalam golongan itu; atau
    (b) mana-mana orang berkepentingan yang lain.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Scroll to Top