Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada semua kontraktor-kontraktor tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya) yang berdaftar dengan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil
Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan yang masih sah bagi kerja berikut:
| TAJUK SEBUT HARGA | : | KERJA-KERJA UBAH SUAI DAN NAIK TARAF RUANG PEJABAT DI PESURUHJAYA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI, ARAS 8, GALERIA PjH |
| NO. SEBUT HARGA | PDP.SH2/2026 | |
| KOD BIDANG | : | G1 (B28) |
| TARIKH BUKA | : | 25 OKTOBER 2026 (AHAD) |
| TARIKH TUTUP | : | 02 NOVEMBER 2026 (ISNIN) |
| LAWATAN TAPAK | : | 27 OKTOBER 2026, 2.30 PETANG (WAJIB HADIR) |
| ALAMAT | : | JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI, ARAS 8, GALERIA PJH, JALAN P4W, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,62100 PUTRAJAYA. |
2. Dokumen sebut harga boleh diperoleh mulai 25 OKTOBER 2026 (AHAD) di pautan berikut : Dokumen SH2/2026
3. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan hendaklah dikemukakan dalam dua sampul surat/bungkusan yang berasingan dan berlakri. Kedua-dua sampul teknikal dan kewangan tersebut perlu dikemukakan ke dalam satu (1) sampul utama berserta No. Sebut Harga: PDP.SH2/2026 pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat berserta tajuk sebut harga.
4. Dokumen sebut harga hendak dihantar secara manual atau secara pos dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Kaunter Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Aras 8, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya, Malaysia pada atau sebelum 2 NOVEMBER 2026 (ISNIN) sebelum jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan diproses.
5. Sebarang penjelasan lanjut berkenaan Sebut Harga ini hendak dirujuk kepada pegawai berikut:
Ketua Seksyen Khidmat Pengurusan (Pentadbiran)
No. Telefon : 03-2021 1189 / 1198
Emel: skp@pdp.gov.my