FI PENDAFTARAN
- Setiap permohonan pendaftaran baharu dan pembaharuan perakuan pendaftaran hendaklah disertai dengan fi yang ditetapkan seperti dalam jadual di bawah:
Jenis Perniagaan | Pendaftaran (Setahun) | Pembaharuan Perakuan Pendaftaran (Setahun) |
---|---|---|
Milikan Tunggal | RM 100 | RM 100 |
Perkongsian | RM 200 | RM 200 |
Sendirian Berhad | RM 300 | RM 300 |
Awam Berhad | RM 400 | RM 400 |
Nota : Perkongsian adalah tidak termasuk Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Kadar fi adalah berdasarkan jenis perniagaan organisasi dan tempoh sah perakuan pendaftaran antara satu (1) hingga dua (2) tahun, sebagaimana yang dipilih oleh pemohon.
- Pembayaran fi pendaftaran hendaklah dibuat dalam masa 14 hari setelah pemohon menerima e-mel pemberitahuan pengesahan permohonan pendaftaran.
- Pembayaran fi adalah secara elektronik melalui Sistem Perlindungan Data Peribadi (SPDP) di pautan berikut https://daftar.pdp.gov.my/.
- Perakuan pendaftaran akan dijana secara automatik di SPDP selepas pembayaran fi dilaksanakan.
- Peringatan pembaharuan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel kepada Pengawal Data berkenaan, 3 bulan sebelum tarikh tamat perakuan pendaftaran.