Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PPDP) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan Jawatan Pegawai Kontrak Pesuruhjaya (Contract of Commissioner). Calon yang berminat boleh mengemukakan maklumat seperti di bawah sebelum atau pada 24 Disember 2024.
CARA MEMOHON:
a) Calon yang berminat untuk memohon jawatan tersebut perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
i. Borang Permohonan Jawatan;
ii. Curriculum Vitae / Resume; dan
iii. Salinan sijil SPM/ STPM/ DIPLOMA/ IJAZAH SARJANA MUDA / SARJANA atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
b) Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 24 Disember 2024. Semua permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)
Aras 8, Galeria PjH,
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
ATAU
Email ke pengambilan@pdp.gov.my
SEBUT HARGA: PERKHIDMATAN SEWAAN PERALATAN ICT (PDP:SH5/2026)
Tawaran adalah terbuka kepada SEMUA syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebut harga berikut: NO. SEBUT HARGA : PDP:SH5/2026 TAJUK SEBUT HARGA :