SEBUT HARGA: PERKHIDMATAN SEWAAN PERALATAN ICT (PDP:SH5/2026)

Tawaran adalah terbuka kepada SEMUA syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebut harga berikut:

NO. SEBUT HARGA:PDP:SH5/2026
TAJUK SEBUT HARGA:PERKHIDMATAN SEWAAN KOMPUTER PERIBADI,
KOMPUTER RIBA, PENCETAK DAN LCD
PROJEKTOR SECARA SEWA GUNA UNTUK
PEJABAT PESURUHJAYA PERLINDUNGAN DATA
PERIBADI (PPDP) BAGI TEMPOH 3 TAHUN
KOD BIDANG:210101, 210103, 210104, 210106, 210107, 210109
TARIKH BUKA:20 NOVEMBER 2025 (KHAMIS)
TARIKH TAKLIMAT:TIADA
TARIKH TUTUP:28 NOVEMBER 2025 (JUMAAT)
  1. Dokumen Sebut Harga boleh diperoleh mulai 20 NOVEMBER 2025 (KHAMIS) di Laman Web
    Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi : www.pdp.gov.my

  2. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan hendaklah dikemukakan dalam dua sampul surat/bungkusan yang berasingan dan berlakri. Kedua-dua sampul teknikal dan kewangan tersebut perlu dikemukakan ke dalam satu (1) sampul utama berserta No. Sebut Harga: PDP:SH5/2026 pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat beserta tajuk sebut harga.
  3. Dokumen Sebut Harga hendak dihantar secara manual dan dimasukkan ke dalam Peti
    Sebut Harga di Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Aras 8, Galleria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya, Malaysia
    pada atau sebelum 28 NOVEMBER 2025 (JUMAAT) sebelum jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan diproses.
  4. Sebarang penjelasan lanjut berkenaan Sebut Harga ini hendak dirujuk kepada pegawai
    berikut :

    Ketua Penolong Pengarah
    Seksyen Teknologi Maklumat
    Jabatan Perlindungan Data Peribadi
    Kementerian Digital,
    Aras 8, Galleria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62100 Putrajaya, Malaysia.
    No Telefon : 03-8861 4200
    Email : pentadbir@pdp.gov.my