13 Golongan Pengawal Data
Perincian 13 Golongan pengawal data ini adalah berdasarkan Perintah Perlindungan Data Peribadi (Golongan Pengguna Data) 2013 [P.U.(A) 336/2013] dan Perintah Perlindungan Data Peribadi (Golongan Pengguna Data) (Pindaan) 2016 [P.U.(A) 326/2016].
Anda dikehendaki mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai Pengawal Data di bawah Akta 709 sekiranya memiliki mana-mana dokumen yang diperincikan bagi Golongan Pengawal Data yang berkenaan.
1. Komunikasi
a) Pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
b) Pemegang lesen di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 [Akta 741].
2. Perbankan dan Institusi Kewangan
a) Bank berlesen dan bank pelaburan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758].
b) Bank islam berlesen dan bank islam antarabangsa berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759].
c) Institusi kewangan pembangunan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618].
3. Insurans
a) Penanggung insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
b) Pengendali takaful atau pengendali takaful antarabangsa berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
4. Kesihatan
a) Pemegang lesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].
b) Pemegang perakuan pendaftaran suatu klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
c) Pertubuhan perbadanan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 [Akta 371].
5. Pelancongan dan Hospitaliti
a) Orang berlesen yang menjalankan atau mengendalikan suatu institusi latihan pelancongan, pengendali pelancongan berlesen, agen pelancongan berlesen, atau pemandu pelancong berlesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
b) Orang yang menjalankan atau mengendalikan suatu premis penginapan pelancong berdaftar di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.
6. Pengangkutan
- Malaysian Airlines System (MAS)
- Air Asia
- MAS Wings
- Air Asia X
- Firefly
- Berjaya Air
- Malindo Air
- Malaysian Airlines Berhad (MAB)
7. Pendidikan
a) Institusi pendidikan tinggi swasta berdaftar di bawah Akta Pendidikan Tinggi Swasta [Akta 555]
b) Sekolah swasta atau institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
8. Jualan Langsung
Pemegang lesen di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 [Akta 500]
9. Perkhidmatan
a) Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau seorang yang mengikat perkongsian di bawah Akta Perkongsian [Akta 135] yang menjalankan perniagaan:
- Undang-undang
- Semenanjung
- Sabah dan Sarawak
- Audit
- Perakaunan
- Kejuruteraan
- Arkitek
b) Borong dan runcit
c) Agensi Pekerjaan Swasta
10. Hartanah
a) Pemaju perumahan berlesen di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118].
b) Pemaju perumahan berlesen di bawah Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1978, Sabah.
c) Pemaju perumahan berlesen di bawah Ordinan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1993, Sarawak.
11. Utiliti
- Tenaga Nasional Berhad
- Sabah Electricity Sdn. Bhd
- Sarawak Electricity Supply Corporation
- SAJ Holding Sdn. Bhd.
- Air Kelantan Sdn. Bhd.
- LAKU Management Sdn. Bhd.
- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.
- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.
- Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.
- Syarikat Air Melaka Sdn. Bhd.
- Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.
- Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd.
- Pengurusan Air Pahang Berhad.
- Lembaga Air Perak.
- Lembaga Air Kuching
- Lembaga Air Sibu
- Pengurusan Air Selangor Sendirian Berhad
13. Pemberi Pinjam Wang
Pemegang lesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400]