Pekeliling ini bertujuan untuk memastikan Golongan Pengguna Data sebagaimana yang diperincikan di dalam Perintah Perlindungan Data Peribadi (Golongan Pengguna Data) 2013 [P.U.(A) 336] dan Perintah Perlindungan Data Peribadi (Golongan Pengguna Data)(Pindaan) 2016 [P.U.(A) 326] mempunyai perakuan pendaftaran yang sah sebagai Pengguna Data dengan membuat permohonan untuk pendaftaran selaras dengan Seksyen 15 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] atau pembaharuan perakuan pendaftaran selaras dengan Seksyen 17 Akta 709.
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PERSONEL MySTEP DI JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP. Calon yang berminat boleh kemukakan resume bergambar dan borang jawatan kosong (di laman sesawang