PENGENALAN

Secara umumnya, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] adalah terpakai kepada mana-mana individu, syarikat atau organisasi yang memproses dan mempunyai kawalan dalam pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial di Malaysia.

Individu, syarikat atau organisasi yang memproses dan mempunyai kawalan dalam pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial adalah dikenali sebagai Pengawal Data.

Sebagai Pengawal Data, anda hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan di dalam Akta ini, terutamanya berkaitan dengan perkara berikut:

    1. 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi 
    2. Standard Perlindungan Data Peribadi 
    3. Pendaftaran sebagai Golongan Pengawal Data
    4. Pendaftaran Pegawai Perlindungan Data Peribadi
    5. Pemberitahuan Pelanggaran Data