Akta ini boleh dinamakan Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024. Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
TENDER PROJEK PEMBANGUNAN PLATFORM PERLINDUNGAN DATA PERIBADI BERSEPADU (MyPDP) BAGI MENYOKONG PELAKSANAAN PERUNDANGAN PINDAAN AKTA 709
Tawaran adalah terbuka kepada SEMUA syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya bagi menyertai TAJUK PEROLEHAN : TENDER PROJEK PEMBANGUNAN PLATFORM PERLINDUNGAN DATA PERIBADI BERSEPADU (MyPDP)