PORTAL RASMI JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Portal Rasmi
Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Hak-hak Subjek Data

Kongsi Halaman

KETAHUI HAK-HAK ANDA

Anda mempunyai hak-hak apabila seseorang atau organisasi mengambil dan merekodkan butir-butir perbadi anda untuk tujuan transaksi komersial.

1. Diberitahu tujuan data peribadi kita diproses oleh sesuatu organisasi atau dalam kata lain untuk apa? Pengguna data yang mendapatkan maklumat peribadi anda hendaklah memberikan:-

  • Nama organisasi atau orang yang mengumpul maklumat atau dari mana mereka mengumpul maklumat ;
  • Sebab-sebab mereka memerlukan data peribadi;
  • Apa-apa maklumat lain yang mungkin anda perlukan untuk memastikan bahawa mereka mengendalikan butir-butir diri anda dengan adil. Sebagai contoh butir-butir sesuatu pertubuhan atau orang lain yang mereka akan menzahirkan butir-butir peribadi anda.
  • Jika sesebuah organisasi atau individu telah mendapat data peribadi anda dari orang lain yang tidak secara langsung daripada anda, mereka mesti memberitahu anda bahawa, mereka ada memegang data peribadi anda dan memberitahu pengguna data yang asal.

2. Hak anda untuk mengakses data peribadi sekiranya perlu.

  • Pengguna atau pihak yang mengurus atau memegang data anda mestilah :
  • Mengumpulkan data peribadi dengan cara yang adil dan mengikut perundangan;
  • Data peribadi hanya akan disimpan untuk maksud-maksud yang ia dikumpul;
  • Data peribadi yang disimpan untuk maksud tertentu pada masa ia dikumpulkan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain;
  • Data peribadi tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak (disclosed) melainkan dengan tujuan ia diperolehi dan persetujuan subjek data;
  • Data peribadi hendaklah tepat, kemaskini dan berkaitan dengan kegunaannya;
  • Data peribadi tidak akan disimpan lebih lama dari tempoh yang diperlukan;
  • Seseorang individu mempunyai hak untuk dimaklumkan mengenai data yang disimpan dan boleh capaian kepada data tersebut;
  • Usaha-usaha untuk memastikan keselamatan data adalah menjadi tanggungjawab pengguna data;
  • Maklumat mengenai dasar penyimpanan data peribadi hendaklah terbuka kepada awam.

3. Hak anda untuk membetulkan data peribadi kita yang telah diproses

  • Jika terdapat organisasi atau individu yang memegang data peribadi anda, maka anda boleh meminta mereka untuk mengesahkan hal ini. Mereka mestilah memberitahu anda tujuan mereka memegang data peribadi tersebut. Anda boleh meminta untuk mendapatkan maklumat ini secara percuma.

4. Hak anda untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi tersebut sekiranya merasa sudah tidak berkepentingan lagi terhadap perkara berkenaan.

  • Sekiranya anda mendapati bahawa pengguna data menyimpan maklumat tentang diri anda yang tidak betul, anda boleh meminta mereka untuk menukar atau memadam butiran tersebut.
  • Begitu juga jika anda merasakan bahawa organisasi atau orang yang mempunyai alasan yang sah untuk memegang data peribadi anda, atau mereka telah mengambil butiran ini dengan cara yang tidak adil, anda boleh meminta mereka untuk mengubah atau memadam butiran ini.
  • Dalam kedua-dua kes, anda boleh menulis kepada organisasi atau orang tersebut, menjelaskan bahawa terdapat butir-butir yang tidak betul.

5. Kita perlu tahu akan hak kita untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakkan atau tekanan (distress).

  • Anda juga boleh meminta pengguna data supaya tidak menggunakan butir-butir peribadi anda untuk tujuan selain daripada tujuan utama mereka.
  • Anda boleh menulis kepada organisasi atau orang tersebut, menjelaskan bahawa terdapat butir-butir yang tidak betul dan mengambil tindakan membetulkannya.

6. Kita juga adalah berhak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud  pemasaran langsung.

  • Jika pemegang data memegang butir-butir peribadi tentang anda untuk tujuan pemasaran langsung, anda boleh meminta mereka untuk mengeluarkan butir-butir tersebut. Anda boleh melakukan ini secara bertulis kepada organisasi atau orang yang memegang butiran tersebut. Mereka mesti memberitahu anda jika telah melakukan mengikut permintaan anda.

7. Hak untuk kebebasan dari membuat keputusan automatik

  • Secara umumnya, keputusan penting tentang anda berdasarkan butir-butir peribadi anda harus mempunyai input manusia dan tidaklah dijana secara automatik oleh komputer, melainkan jika anda bersetuju dengan ini. Sebagai contoh, keputusan itu mungkin kebolehpercayaan.

8. Hak untuk menolak panggilan memasaran langsung atau mel

  • Jika anda tidak mahu menerima panggilan telefon daripada pemasaran langsung, anda perlu menghubungi pembekal perkhidmatan telefon anda. Mereka akan  membuat nota permintaan anda. Anda juga boleh menolak panggilan itu dengan meminta pemanggil supaya tidak menghubungi anda lagi.
  • Organisasi mesti mendapat kebenaran anda sebelum mereka menghubungi anda melalui mesin faksimili atau dailan automatik untuk tujuan pemasaran langsung.
  • Sebuah organisasi juga perlu mendapatkan kebenaran anda sebelum mereka menghantar mel elektronik ke komputer anda atau sebelum mereka menghantar pesanan teks ke telefon bimbit anda.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Scroll to Top