PORTAL RASMI JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Portal Rasmi
Jabatan Perlindungan Data Peribadi
Menu

Forum Pengguna Data

Kongsi Halaman

Share on facebook
Share on google
Share on twitter

OBJEKTIF DAN FUNGSI PENUBUHAN FORUM PENGGUNA DATA

• Objektif dan fungsi penubuhan Forum Pengguna Data adalah untuk merangka, membangun dan menyediakan Kod yang akan melindungi Hak-hak Pengguna menurut peruntukan-peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dari semasa ke semasa akan meminda, membangun,mengubah suai, mengkaji semula dan mengemas kini Kod;

• Di samping menjalankan penyelidikan mengenai perkara-perkara dalam bidang kuasa forum, ia turut akan mengumpul, menyedia dan mengedarkan statistik sebagaimana yang dianggap wajar atau memberi manfaat kepada semua atau mana-mana objektif dan tujuan forum.

• Forum Pengguna Data ini akan turut menyediakan saluran membuat aduan, pertikaian dan rasa tidak puas hati.

• Bagi tujuan penyelesaian, forum ini akan turut mencadangkan prosedur alternatif yang murah dan praktikal bagi sebarang penyelesaian pertikaian.

• Di samping itu, prosedur untuk pampasan atau mana-mana cara dan tindakan kepada pelanggan dalam Kes Pelanggaran Kod akan turut dicadangkan.

• Forum Pengguna Data juga akan mempunyai sekretariat yang diwujudkan bagi menyokong aspek operasi dan pengendalian sejajar dengan fungsi penubuhannya.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Tukar saiz teks
Kontras
Scroll to Top