PORTAL RASMI JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Portal Rasmi
Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Tribunal Rayuan

Kongsi Halaman

FUNGSI TRIBUNAL RAYUAN

Mendengar rayuan-rayuan yang dikemukakan oleh seseorang yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pesuruhjaya di bawah Akta 709 seperti berikut:-

  1. Pendaftaran Pengguna Data di bawah penggal 2 bahagian ii;
  2. Keengganan Pesuruhjaya untuk mendaftar sesuatu tataamalan di bawah subseksyen 23(5);
  3. Kegagalan Pengguna Data mematuhi dengan permintaan untuk mengakses data atau permintaan pembetulan data di bawah penggal 4 bahagian ii;
  4. Pengeluaran notis penguatkuasaan di bawah seksyen 108;
  5. Keengganan Pesuruhjaya untuk mengubah atau menbatalkan suatu notis penguatkuasaan di bawah seksyen 109; dan
  6. Keengganan Pesuruhjaya untuk menjalankan atau meneruskan siasatan yang berdasarkan satu pengaduan di bawah bahagian VIII

Sekiranya pengguna data tidak berpuas hati dengan keputusan Tribunal Rayuan, Pengguna Data boleh meminta mengadakan semakan semula kehakiman (Judicial review) oleh mahkamah.

KUASA-KUASA TRIBUNAL RAYUAN

  1. Memanggil pihak-pihak kepada prosiding atau mana-mana orang lain untuk hadir di hadapannya untuk memneri keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;
  2. Mendapatkan dan menerima keterangan secara bersumpah atau berikrar, sama ada secara tulisan atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sedemikian sebagaimana yang difikir perlu oleh Tribunal Rayuan;
  3. Jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk mengkehendaki pengemukaan apa-apa maklumat, dokumen atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan bagi maksud rayuan itu;
  4. Untuk mengendali apa-apa sumpah, ikrar atau akaun berkanun, mengikut kehendak keadaan;
  5. Jika seseorang dipanggil sedemikian untuk membenarkan bayaran bagi apa-apa belanja yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya;
  6. Untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan atau dokumen, dan sama ada boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang bertulis yang berhubung dengan kebolehterimaan keterangan;
  7. Menangguhkan pendengaran sesuatu rayuan dari semasa ke semasa, termasuklah kuasa untuk menangguhkan bagi mengimbangkan keputusannya; dan
  8. Secara amnya untuk mengarahkan dan melakukan semua perkara atau suai manfaat bagi mempercepatkan keputusan rayuan.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Scroll to Top