Pengguna Data akan membuat bayaran fi pendaftaran, pembaharuan, penggantian dan salinan diperakui sah dilakukan secara elektronik sepenuhnya.
Justeru itu, 13 golongan Pengguna Data yang telah mendaftar, memperbaharui sijil perakuan, penggantian dan salinan diperakui sah di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 700] sebagaimana yang dinyatakan dalam Perintah Perlindungan Data Peribadi (Golongan Pengguna Data) 2013 [P.U.(A) 336] dan Perintah Perlindungan Data Peribadi (Golongan Pengguna Data) (Pindaan) 2016 [P.U.(A) 336] boleh membuat bayaran di applikasi Sistem Perlindungan Data Peribadi (SPDP) melalui pautan berikut https://daftar.pdp.gov.my/