PORTAL RASMI JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Portal Rasmi
Jabatan Perlindungan Data Peribadi
Menu

Fi Pendaftaran

Kongsi Halaman

Share on facebook
Share on google
Share on twitter

1. Pembayaran fi pendaftaran hendaklah dibuat dalam masa 21 hari di kaunter pendaftaran setelah pemohon menerima e-mel pemberitahuan kelulusan pendaftaran dan bawa bersama slip akuan terima.

2. Perakuan Pendaftaran akan disediakan selepas bayaran fi pendaftaran dijelaskan.

3. Pengguna Data tergolong dari dua atau lebih golongan pengguna data hendaklah membuat pendaftaran yang berasingan.

4. Tempoh sah laku pendaftaran adalah 24 bulan dari tarikh permohonan diluluskan. Peringatan pembaharuan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel kepada Pengguna Data berkenaan, 3 bulan sebelum tarikh tamat perakuan pendaftaran.

5. Kadar fi pendaftaran tahunan yang dikenakan adalah berdasarkan jenis perniagaan seperti di bawah –

 

 Jenis Perniagaan Jumlah Fi
 Pemilikan tunggal 100
 Perkongsian 200
 Sendirian Berhad 300
 Awam Berhad 400
** Pendaftaran pengguna data kini dibuka sehingga 15 Februari 2014

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Tukar saiz teks
Kontras
Scroll to Top