IKLAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN REKA BENTUK DALAMAN DI KAWASAN LIF, PINTU MASUK DAN KAUNTER UTAMA UNTUK PEJABAT PESURUHJAYA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PPDP)

Tawaran adalah terbuka kepada SEMUA syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan
KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebut harga berikut:

NO. SEBUT HARGA:PDP:SH4/2025
TAJUK SEBUT HARGA:PERKHIDMATAN REKA BENTUK DALAMAN DI
KAWASAN LIF, PINTU MASUK DAN KAUNTER UTAMA
UNTUK PEJABAT PESURUHJAYA PERLINDUNGAN
DATA PERIBADI (PPDP)
KOD BIDANG:022101,020101,020102,140501,140502 DAN 140601
TARIKH BUKA:18 APRIL 2025 (JUMAAT)
TARIKH TAKLIMAT:TIADA
TARIKH TUTUP:23 APRIL 2025 (RABU)
  1. Dokumen Sebut Harga boleh diperoleh mulai 18 APRIL 2025 (JUMAAT) di Laman Web
    Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi : www.pdp.gov.my.

  2. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan hendaklah dikemukakan dalam dua sampul
    surat/bungkusan yang berasingan dan berlakri. Kedua-dua sampul teknikal dan harga tersebut
    perlu dikemukakan ke dalam satu (1) sampul utama berserta No. Sebut Harga: PDP:SH4/2025
    pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat beserta tajuk sebut harga.
  3. Dokumen Sebut Harga hendak dihantar secara manual dan dimasukkan ke dalam Peti
    Sebut Harga di Kaunter Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Aras 8, Galleria PjH,
    Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100
    Putrajaya, Malaysia pada atau sebelum 23 APRIL 2025 (RABU) sebelum jam 12.00 tengah
    hari. Tawaran yang lewat tidak akan diproses
    .
  4. Sebarang penjelasan lanjut berkenaan Sebut Harga ini hendak dirujuk kepada pegawai
    berikut :

    Penolong Pengarah
    Seksyen Khidmat Pengurusan
    Jabatan Perlindungan Data Peribadi Kementerian Digital,
    Aras 8, Galleria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62100 Putrajaya, Malaysia.
    No Telefon : 03-8861 4200