PERMOHONAN BAHARU DAN PEMBAHARUAN PERAKUAN
- Permohonan Baharu
PERMOHONAN UNTUK PENDAFTARAN
Setiap individu, syarikat atau organisasi yang tergolong di bawah 13 Golongan Pengawal Data hendaklah mempunyai Perakuan Pendaftaran daripada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi bagi mematuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen rasmi daripada badan kawal selia atau pihak berkuasa yang berkenaan, yang boleh menentusahkan bahawa organisasi pengawal data tersebut adalah Golongan Pengawal Data serta jenis perniagaan yang dijalankan.
Proses pendaftaran dianggap selesai apabila pemohon membuat bayaran fi yang ditetapkan, dan perakuan pendaftaran daripada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dijana secara digital melalui SPDP.
Bagi organisasi yang tergolong dalam dua (2) atau lebih kategori Golongan Pengawal Data, pendaftaran bagi setiap kategori tersebut perlu dilaksanakan secara berasingan.
Panduan bagi permohonan perakuan pendaftaran baharu adalah seperti berikut:
Panduan Mendaftar Akaun SPDP dan Pendaftaran Baharu
Panduan Mendaftar Akaun SPDP dan Pendaftaran Baharu
Klik DisiniPanduan Salinan Terperaku Perakuan Pendaftaran
Panduan Salinan Terperaku Perakuan Pendaftaran
Klik DisiniPanduan Pembetulan Permohonan
Panduan Pembetulan Permohonan
Klik DisiniPanduan Pembayaran Fi Pendaftaran
Panduan Pembayaran Fi Pendaftaran
Klik DisiniPanduan Memuat Turun Perakuan Pendaftaran
Panduan Memuat Turun Perakuan Pendaftaran
Klik Disini- Pembaharuan Perakuan Pendaftaran
Pengawal Data bertanggungjawab memastikan perakuan pendaftaran sentiasa sah sepanjang tempoh operasi perniagaan.
Pihak Pengawal Data akan menerima Notis Peringatan Pembaharuan Perakuan Pendaftaran melalui emel SPDP yang telah didaftarkan, iaitu 90 hari sebelum tarikh tamat perakuan tersebut. Pembaharuan perakuan pendaftaran hendaklah disertakan dengan pembayaran fi yang ditetapkan, mengikut jenis perniagaan dan tempoh sah perakuan yang dipilih oleh pemohon.
Kegagalan memperbaharui perakuan pendaftaran adalah merupakan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.
Panduan bagi permohonan pembaharuan perakuan pendaftaran baharu adalah seperti berikut: