OFFICIAL PORTAL OF DEPARTMENT OF PERSONAL DATA PROTECTION

Official Portal of
Department of Personal Data Protection

Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253)

Share

MENETAP TARIKH PENDAFTARAN
Setelah menerima permohonan mengikhtiraf pengangkatan daripada ibu bapa angkat mengikut Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 Pendaftar boleh:

PROSES MENGIKHTIRAF PENGANGKATAN
Mengarah ibu bapa angkat dan kanak-kanak hadir di masa perbicaraan;
Menimbang dan meluluskan permohonan, atau Sek.6(1)
Menangguh perbicaraan dan atas budibicara Pendaftar meminta laporan daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat;
Menetap tarikh perbicaraan selanjutnya dan menimbang semula permohonan itu

TARAF ANAK ANGKAT TIDAK SEBANDING DENGAN TARAF ANAK KANDUNG,
Pemberian hak jagaan kepada ibu bapa angkat tidak memeutus nisbahnya dan hak warisannya masih kekal dalam keluarga kandung,
Pertalian dengan keluarga angkat tidak sama seperti dalam keluarga kandung,
Tiada hak mewarisi harta pusaka daripada keluarga angkat,
Ada pilihan bagi keluarga angkat sama ada memberi nama gelaran dan nama keluarga ataupun tidak,
Akta itu memberi kemudahan/ kelonggaran supaya keluarga Islam dapat memenuhi keperluan mengikut lunas-lunas Islam
SYARAT-SYARAT

18 tahun ke bawah. Sek.6(1),
Wujud perkahwinan yang sah. Sek.6(1),
Ibu bapa angkat berumur 25 tahun dan 18 tahun lebih tua dari anak angkat, atau
bu bapa angkat berumur 21 tahun tetapi salah seorang dari mereka itu waris kanak-kanak atau ibu/bapa kandungnya. Sek.4(1) a, b & c,
Anak angkat sudah berada dalam jagaan dan saraan berterusan selama tidak kurang dari 2 tahun, Sek. 6(1),
Anak angkat dan ibu bapa angkat bermastautin di Malaysia. Sek.10(3),
Izin bersurat diperolehi di hadapan Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah, atau,
Pengecualian izin diperolehi dari Pendaftar Sek.6(1) b,
Pengakuan sama ada mana-mana pihak memberi/menerima hadiah/wang sebagai balasan diperlukan semasa memohon pendaftaran.
Akta ini memudahkan orang-orang beragama Islam atau bukan beragama Islam mendaftarkan pengangkatan anak angkat mereka. Anak angkat dari keluarga Islam hanya dibolehkan berdaftar di bawah Akta ini.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Scroll to Top