OFFICIAL PORTAL OF DEPARTMENT OF PERSONAL DATA PROTECTION

Official Portal of
Department of Personal Data Protection

Speech Text

Share

TEKS UCAPAN TKSU II
MAJLIS PENYERAHAN PELANTIKAN TIMBALAN PESURUHJAYA/PENOLONG PESURUHJAYA DAN SURAT KUASA JPDP

Bismillah Hirrahman Nirrahim

  1. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu KKMM
  2. Saya merakamkan ucapan Tahniah dan Terima kasih kepada seluruh warga JPDP kerana telah berjaya mempercepatkan perlaksanaan Penguatkuasaan Akta 709. Ini jelas mempamerkan bahawa kerjasama dan kesepakatan menjadi kunci kepada kejayaan sesuatu pelaksanaan.
  3. Kalau kita melihat kembali prinsip Rukun Negara yang ke-4 iaitu Kedaulatan Undang-undang; maka Pelaksanaan Akta 709 ini akan menjadi pelengkap kepada penghayatan dan amalan rukun negara.
  4. Akta yang telah diluluskan mesti dikuatkuasakan selaras dengan kehendak Rukun Negara. Tindakan ini adalah sebagai perlambangan kepada negara yang berdaulat.
  5. Kedaulatan sebernanya dikuatkuasakan oleh akta-akta tertentu. Oleh itu, Pelaksanaan Akta memerlukan kebijaksanaan, keberanian, dan jalinan kerjasama yang teratur dan terancang.
  6. KKMM sedar akan kekangan dan kepayahan yang telah dialami oleh JPDP dalam peringkat awal Pelaksanaan Akta 709. Namun, tanpa kekangan dan kepayahan, sesuatu tindakan itu akan menjadi hilang makna.
  7. Kebolehan pihak pengurusan KKMM mengatasi semua halangan tersebut dengan teratur dan terancang telah membolehkan Akta 709 dikuatkuasakan pada November 2013 dengan lancarnya.
  8. Tindakan-tindakan seperti ini mesti diteruskan. TIndakan pemantauan dan penguatkuasaan dalam pelaksanaan sesuatu akta adalah satu kemestian. Kegagalan kita melaksanakan tindakan ini akan menyebabkan kredibiliti Jabatan dan Kementerian akan terjejas.
  9. Justeru itu, saya merakamkan tahniah kepada semua yang bakal menerima surat perlantikan dan surat kuasa pada hari ini. Keyakinan KKMM memilih Tuan-tuan dan Puan-puan adalah kerana kredibiliti dan pengalaman yang ada dalam diri Tuan-tuan-Puan-puan.
  10. Kuasa sebenarnya adalah satu amanah. Amanah pula adalah satu tanggungjawab yang besar. Kegagalan mana-mana Jabatan memikul amanah ini sering kali akan menyebabkan kredibiliti perkhidmatan awam terjejas.
  11. Jadi, saya menyeru semua Pegawai JPDP yang menerima amanah pada hari ini untuk memberi perkhidmatan yang Cemerlang, Cekap dan Kompeten. Kejayaan JPDP adalah bergantung kepada Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya mahu semua yang memikul amanah ini sentiasa sematkan dalam minda dan jiwa; bahaya kita bekerja untuk Negara; dan Negara ini adalah Negara berdaulat.
  12. Sekian, Terima Kasih

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Scroll to Top