OFFICIAL PORTAL OF DEPARTMENT OF PERSONAL DATA PROTECTION

Official Portal of
Department of Personal Data Protection

Ciri – Ciri Utama

Share

CIRI-CIRI UTAMA DI BAWAH AKTA INI
Pusat Jagaan Berkediaman ditafsirkan sebagai mana-mana premis di mana 4 orang atau lebih (bukan saudara diterima untuk jagaan sebagai penghuni-penghuni di dalamnya.
Pusat Jagaan Harian ditafsirkan sebagai premis di mana 4 orang atau lebih (bukan saudara) diterima untuk jagaan bagi satu tempoh yang lebih 3 jam sehari di antara terbit matahari hingga matahari terbenam dan beroperasi selama sekurang-kurangnya 3 hari seminggu.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengawal penubuhan Pusat-Pusat Jagaan,

Fasal 4 – Mewajibkan pendaftaran Pusat-Pusat Jagaan.

Fasal 5 – Bertujuan melarang penyelenggaraan Pusat-Pusat Jagaan tidak berdaftar. Walau bagaimanapun, kelonggaran tempoh enam bulan diberi kepada Pusat-Pusat Jagaan yang sedia ada untuk mendaftar.

Fasal 7 – Memperuntukan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengenakan syarat-syarat apabila mendaftar sesuatu Pusat-Pusat Jagaan bagi menentukan piawaian minimum dipatuhi untuk melindungi kepentingan dan kebajikan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan.

Fasal 7(i) – Memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengenakan deposit jaminan di mana kuantumnya ditetapkan oleh Ketua Pengarah bagi tujuan melindungi dan menjamin kesejahteraan penghuni terpelihara.

Fasal 15 – Memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk memerintah menutup sesuatu Pusat Jagaan Berdaftar yang gagal mematuhi arahan atau kemungkinan menimbulkan bahaya kepada mana-mana orang.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Scroll to Top