OFFICIAL PORTAL OF DEPARTMENT OF PERSONAL DATA PROTECTION

Official Portal of
Department of Personal Data Protection

Falsafah Akta

Share

Perkhidmatan sosial di negara ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali khususnya kalau dilihat dalam bidang kebajikan di mana berbagai perkhidmatan disediakan untuk memenuhi keperluan golongan tertentu. Pelbagai institusi-institusi kerajaan ditubuhkan untuk memberi jagaan, perlindungan dan latihan kepada golongan sasaran tertentu seperti orang cacat, orang-orang tua yang melarat, kanak-kanak yang terbiar, remaja yang terdedah kepada kerosakan akhlak dan juga kalangan keluarga yang ditimpa oleh berbagai masalah sosial.

Selain daripada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan, terdapat juga anggota masyarakat yang sangat bersimpati untuk bersama-sama menyumbang mengatasi masalah sosial. Mereka ini telah menubuhkan pelbagai pertubuhan sukarela untuk memberi khidmat kepada golongan masyarakat yang kurang bernasib baik. Maka wujudnya berbagai institusi untuk memenuhi keperluan-keperluan tertentu seperti Rumah Anak Yatim dan Miskin, Rumah Orang Tua, Rumah Perlindungan serta Pusat-Pusat bagi golongan cacat dan sebagainya.

Kini, terutama di kawasan bandar terdapat pula pusat-pusat jagaan swasta yang ditubuhkan oleh orang perseorangan atau syarikat sebagai satu perniagaan dan dengan bayaran yang tinggi dikenakan bagi perkhidmatan tersebut. Keadaan seumpama ini biasanya disediakan bagi golongan warga tua di mana mereka menerima jagaan yang rapi.

Adalah wajar bagi kerajaan di samping menggalakkan penglibatan pertubuhan sukarela dan swasta, satu mutu kawalan jagaan disediakan bagi menjamin agar penghuni-penghuni pusat jagaan berkediaman dan harian mendapat jagaan dan perlindungan sempurna terutama sekali dari segi pemakanan, tempat tinggal, rawatan kesihatan dan aktiviti harian semasa berada di Pusat Jagaan tersebut.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Scroll to Top