OFFICIAL PORTAL OF DEPARTMENT OF PERSONAL DATA PROTECTION

Official Portal of
Department of Personal Data Protection

Kenyataan Penafian Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia Mengenai Pelantikan Wakil Untuk Menyemak Data Peribadi

Share

PUTRAJAYA, 13 Mei 2015 –Pejabat Pesuruhjaya hari ini menafikan bahawa ada melantik mana-mana syarikat atau individu bagi mewakili Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan data peribadi orang ramai bagi apa-apa urusan yang melibatkan pengesahan data peribadi. Menurut Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Mazmalek Mohamad beberapa aduan telah diterima mengenai penyamaran individu yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan data peribadi orang ramai. Modus operandi yang digunakan adalah pemanggil akan mengaku dilantik mewakili Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) atau agensi di bawah jabatan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Pemanggil akan mendapatkan maklumat peribadi untuk tujuan transaksi yang tidak sah. (Sila klik untuk paparan penuh).

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Scroll to Top