Kod ini telah dibangunkan oleh Pengguna-Pengguna Data (sebagaimana ditafsirkan kemudian dari ini) dibawah Seksyen 23 (1)(b) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan adalah terpakai kepada Sektor Utiliti (Air) sahaja. Kod ini merujuk kepada peruntukan-peruntukan undang-undang sebagaimana berikut:
(i) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006; dan
(ii) Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perjanjian Perkhidmatan Bekalan
Air Antara Pengguna dengan Pemegang Lesen Pengagihan Air) 2014.