Pemakaian Akta:
Akta ini terpakai bagi:-
(a) Mana-mana orang yang memproses; dan
(b) Mana-mana orang yang mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial.
- Tertakluk kepada sub seksyen (1), Akta ini terpakai bagi seseorang berkenaan dengan data peribadi jika:-
 (a) Orang itu ditubuhkan di Malaysia dan data peribadi itu, diproses, sama ada dalam konteks pertubuhan itu atau tidak, oleh orang itu atau mana-mana orang lain yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh pertubuhan itu; atau
 (b) Orang itu tidak ditubuhkan di Malaysia, tetapi menggunakan kelengkapan di Malaysia bagi memproses data peribadi itu selain bagi maksud transit melalui Malaysia.
- Seseorang yang diliputi oleh perenggan (2) (b) hendaklah menamakan bagi maksud Akta ini seorang wakil yang ditubuhkan di Malaysia.
- Bagi maksud subseksen (2) dan (3), setiap yang berikut hendaklah dianggap sebagi ditubuhkan di Malaysia:
 (a) Seseorang individu yang kehadirannya secara fizikal di Malaysia hendaklah tidak kurang daripada satu ratus lapan puluh hari dalam satu tahun kalender;
 (b) Sesuatu badan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965;
 (c) Sesuatu perkongsian atau persatuan yang tidak diperbadankan lain yang dibentuk di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia; dan
 (d) Mana-mana orang yang tidak diliputi oleh perenggan (a),(b) atau (c) tetapi menyenggara di Malaysia iaitu:-
 - Suatu pejabat, cawangan atau agensi yang melaluinya dia menjalankan apa-apa aktiviti; atau
- Suatu amalan tetap.
 
- Suatu pejabat, cawangan atau agensi yang melaluinya dia menjalankan apa-apa aktiviti; atau
2. Ketidakpakaian Akta
- Akta ini tidak terpakai bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
- Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa data peribadi yang diproses di luar MalaysIa melainkan jika data peribadi itu diniatkan untuk diproses selanjutnya di Malaysia.
- Akta ini tidak terpakai bagi sesuatu perniagaan pelaporan kredit yang dijalankan oleh sesuatu Agensi Pelaporan Kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.
- Akta ini memberikan pengecualian yang menyeluruh terhadap data peribadi yang diproses oleh individu bagi maksud hal ehwal peribadi, keluarga atau rumah tangga termasuk rekreasi.
 
															