Tawaran adalah terbuka kepada SEMUA syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebut harga berikut:
| TAJUK SEBUT HARGA | : | PEROLEHAN PERKAKASAN ICT BAGI PEJABAT BAHARU JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (JPDP) DI ARAS 1, GALERIA PJH |
| NO. SEBUT HARGA | : | PDP.SH1/2026 |
| KOD BIDANG | : | 210101, 210107, 020601 |
| TARIKH BUKA | : | 08 OKTOBER 2026 (KHAMIS) |
| TARIKH TUTUP | : | 14 OKTOBER 2026 (RABU) |
2. Dokumen sebut harga boleh diperoleh mulai 08 OKTOBER 2026 (KHAMIS) di Laman Web Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi : www.pdp.gov.my
3. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan hendaklah dikemukakan dalam dua sampul surat/bungkusan yang berasingan dan berlakri. Kedua-dua sampul teknikal dan kewangan tersebut perlu dikemukakan ke dalam satu (1) sampul utama berserta No. Sebut Harga: PDP.SH1/2026 pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat beserta tajuk sebut harga.
4. Dokumen sebut harga hendak dihantar secara manual atau secara pos dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Kaunter Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Aras 8, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya, Malaysia pada atau sebelum 14 OKTOBER 2026 (RABU) sebelum jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan diproses.
5. Sebarang penjelasan lanjut berkenaan Sebut Harga ini hendak dirujuk kepada pegawai berikut:
Ketua Seksyen Teknologi Maklumat
No. Telefon : 03-2021 1133
Emel: it@pdp.gov.my