PENDAFTARAN GOLONGAN PENGAWAL DATA
- Pendaftaran Golongan Pengawal Data
Seksyen 15 Akta 709 mewajibkan individu, syarikat atau organisasi untuk mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai Pengawal Data sekiranya tergolong dalam 13 Golongan Pengawal Data sepertimana yang dinyatakan dalam Perintah Perlindungan Data Peribadi (Golongan Pengguna Data) 2013 [P.U.(A) 336/2013] dan Perlindungan Data Peribadi (Golongan Pengguna Data) (Pindaan) 2016 [P.U.(A) 326/2016] Adakah saya tergolong dalam kategori Golongan Pengawal Data?]
Kegagalan individu, syarikat dan organisasi untuk mengemukakan pendaftaran sebagai Golongan Pengawal Data adalah merupakan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab Golongan Pengawal Data untuk mempamerkan perakuan pendaftaran mereka di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Perlindungan Data Peribadi (Pendaftaran Pengguna Data) 2013 [P.U.(A) 337/2013]. Kegagalan mempamerkan perakuan pendaftaran adalah merupakan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.
- Cara Memohon Perakuan Pendaftaran
1. Permohonan Pendaftaran Golongan Pengawal Data adalah secara dalam talian dengan menggunakan Sistem Perlindungan Data Peribadi (SPDP) melalui pautan https://daftar.pdp.gov.my/ .
2. Proses permohonan dimulakan dengan pembukaan akaun SPDP oleh pemohon, diikuti dengan penghantaran permohonan yang lengkap, pembayaran fi pendaftaran, dan akhirnya pemohon boleh memuat turun perakuan pendaftaran selepas proses pengesahan selesai.
3. Panduan permohonan perakuan pendaftaran dan permohonan-permohonan berkaitan adalah seperti berikut:
Panduan Mendaftar Akaun SPDP
Panduan Mendaftar Akaun SPDP
Klik DisiniPanduan Pendaftaran Baharu
Panduan Pendaftaran Baharu
Klik DisiniPanduan Pembaharuan Perakuan Pendaftaran
Panduan Pembaharuan Perakuan Pendaftaran
Klik DisiniPanduan Salinan Terperaku Perakuan Pendaftaran
Panduan Salinan Teperaku Perakuan Pendaftaran
Klik DisiniPanduan Pembayaran Fi Pendaftaran
Panduan Pembayaran Fi Pendaftaran
Klik DisiniPanduan Perubahan Butiran Perakuan Pendaftaran
Panduan Perubahan Butiran Perakuan Pendaftaran
Klik DisiniPanduan Penggantian Perakuan Pendaftaran
Panduan Penggantian Perakuan Pendaftaran
Klik DisiniPanduan Pembatalan Perakuan Pendaftaran
Panduan Pembatalan Perakuan Pendaftaran
Klik Disini4. Permohonan lengkap akan disemak dalam tempoh 7 hari dan pemakluman status permohonan akan dihantar melalui e-mel yang telah didaftarkan.
Soalan Lazim – Pendaftaran Golongan Pengawal Data